Peribahasa melayu : Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh
Maksudnya: Walau di mana kita tinggal,akan ada rezeki kita
Pada zaman moden ni, kita tak payah lagi nak tunggu ada batang mati baru boleh cari cendawan. Kaedah kultur digunakan unuk menghasilkan benih cendawan ni. Benih cendawan ada di bawah 'payung' cendawan ni. Tak nampak dengan mata kasar kerana saiznya yang tersangat kecil seperti debu. Dulu masa sekolah ingat lagi tak, cikgu ajar tentang spora. Itulah dia bentuk benih cendawan. Benih ni dibiakkan dalam persekitaran yang sangat terkawal, senang kata dalam makmal. Yang uniknya, cendawan ni berbeza dengan tumbuhan-tumbuhan lain kerana myselium akan tumbuh memenuhi bongkah cendawan.Bila myselium ni tumbuh, kita akan nampak habuk kayu didalam bongkah tu bertukar menjadi putih. Kemudian sejenis enzim akan dikeluarkan. Cendawan membuat makanannya diluar struktur cendawan itu sendiri dan myselium ni akan serap makanan tersebut untuk cendawan terus hidup. Walaubagaimanapun, jangka hayat cendawan dengan myselium adalah berbeza. Apabila cendawan tumbuh, ia akan membesar dalam masa 4-5 hari, cendawan perlu dituai apabila sudah matang, jika dibiarkan , ia akan kering dan tiada nilai dalam pasaran. Myselium pula boleh hidup berbulan-bulan, cuma dalam bokgkah ini, sumber makanannya terhad, makin kurang makanan maka pengeluaran cendawan pun akan semakin berkurang.
Sunday, 29 January 2012
Rutin kerja sekarang dah berubah, tak seperti tinggal di Pandan Indah dulu. Disamping bekerja makan gaji, mengusahakan cendawan tiram kelabu juga boleh memberikan manfaat untuk meningkatkan pendapatan keluarga. Hari minggu telah dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti mengusahakan cendawan tiram kelabu. Disamping tu , kesihatan juga harus dijaga supaya kita sihat untuk menjalani kehidupan sebagai insan berkualiti di atas muka bumi ni. Tetapi apa-apa pun, itu semua kuasa Allah, kita berusaha yang selebihnya, Allah yang tentukan. Setiap hari ,saya dan suami mengamalkan minum 2 ozz supplement vemma ni setiap hari. Memang rasa perbezaannya dan rasa tak rugi berbelanja untuk kesihatan ni.
Thursday, 26 January 2012
Projek untuk menjadikan rumah kosong yang sudah tidak dihuni menjadi rumah cendawan sedang dilaksanakan. Semua dinding kayu yang telah reput dimamah anai-anai telah dikeluarkan. Atap-atap juga sedang dibaiki. Longgokkan kayu 1 suku inci x 2.5 inci kat depan tu nak digunakan untuk membuat rak-rak cendawan.
Ini bahagian depan rumah yang telah ditutup dengan net orkid (70%) dua lapis. Kalau guna yang 90% hanya perlu selapis sahaja. Tujuan net orkid ni ialah untuk mengawal kadar cahaya yang masuk ke dalam rumah cendawan ni.
Ini pula sisi kanan rumah. Rumah ni ada dua pintu. Namun demikian, hanya satu pintu yang ini sahaja yang akan kekal digunakan untuk keluar masuk, yang satu lagi didapur akan ditutup dengan plywood supaya mudah untuk mengawal manusia yang keluar masuk ke rumah cendawan ni.
Inilah bahagian dalam rumah cendawan yang masih belum siap. Lantai rumah ni sudah dibasuh dengan clorox. Langkah seterusnya ialah membersihkan rumah ni menggunakan antiseptik (dettol). Gambar ni tunjuk bahagian beranda.
Inilah bahagian ruang tamu rumah yang bakal dipenuhi dengan rak-rak cendawan. Bahagian ini belum dipasang dengan net lagi sebab itulah nampak cerah.
Berhampiran rumah cendawan ni terdapat pokok-pokok besar yang rendang. Pokok ni tak perlu ditebang kerana memberi manfaat kepada rumah cendawan. Manfaat apa tu....?
Ha..ha..dengan adanya pokok ini, kawasan rumah cendawan akan menjadi redup dan secara tak langsung kita dapat mengurang penggunaan air untuk mengawal suhu didalam rumah cendawan ni.
Memang mendamaikan suasana hidup di kampung sebagai usahawan cendawan. Dari luar rumah cendawan ni dapat juga saya nikmati keindahan puncak Gunung Pulai, Baling ni.
Inilah tempat saya berteduh.Kedudukannya hanya 15m sahaja dari rumah cendawan tadi.
Wednesday, 25 January 2012
Semenjak menjadi usahawan cendawan, inilah antara aktiviti keluarga pada waktu malam iaitu menuai cendawan. Memang seronok sambil melayan perasaan..
Inilah cendawan yang sudah matang dan sedia untuk dituai.
Sambil-sambil duduk bersembang tu, kita cuci cendawan dulu sebelum dibungkus untuk dipasarkan pada esok pagi. Amboi tengok tu, anak menantu semuanya bertungkus lumus....
Beginilah rupa rak-rak cendawan, ada yang dibuat dari besi dan ada juga dari kayu. Di rumah Hj. Abu Bakar ni dibuat daripada kayu.
Hj. Abu Bakar ni ada juga mengedarkan benih cendawan. Kalau yang berminat bolehlah intai-intai peluang dan sebarang pertanyaan emailkan kepada idawati_78@yahoo.co.uk
Subscribe to:
Posts (Atom)