Sunday, 29 January 2012

Peribahasa melayu : Ada batang mati, adalah cendawan tumbuh

Maksudnya: Walau di mana kita tinggal,akan ada rezeki kita


Pada zaman moden ni, kita tak payah lagi nak tunggu ada batang mati baru boleh cari cendawan. Kaedah kultur digunakan unuk menghasilkan benih cendawan ni. Benih cendawan ada di bawah 'payung' cendawan ni. Tak nampak dengan mata kasar kerana saiznya yang tersangat kecil seperti debu. Dulu masa sekolah ingat lagi tak, cikgu ajar tentang spora. Itulah dia bentuk benih cendawan. Benih ni dibiakkan dalam persekitaran yang sangat terkawal, senang kata dalam makmal. Yang uniknya, cendawan ni berbeza dengan tumbuhan-tumbuhan lain kerana myselium akan tumbuh memenuhi bongkah cendawan.Bila myselium ni tumbuh, kita akan nampak habuk kayu didalam bongkah tu bertukar menjadi putih. Kemudian sejenis enzim akan dikeluarkan. Cendawan membuat makanannya diluar struktur cendawan itu sendiri dan myselium ni akan serap makanan tersebut untuk cendawan terus hidup. Walaubagaimanapun, jangka hayat cendawan dengan myselium adalah berbeza. Apabila cendawan tumbuh, ia akan membesar dalam masa 4-5 hari, cendawan perlu dituai apabila sudah matang, jika dibiarkan , ia akan kering dan tiada nilai dalam pasaran. Myselium pula boleh hidup berbulan-bulan, cuma dalam bokgkah ini, sumber makanannya terhad, makin kurang makanan maka pengeluaran cendawan pun akan semakin berkurang.

No comments:

Post a Comment